Latheefa Koya dan Rafizi Ramli.

KUALA LUMPUR – Rafizi Ramli dan peguam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Latheefa Koya ‘bergaduh’ dalam Facebook gara-gara isu logo dan ini bukan kali pertama pergaduhan besar tercetus antara kedua-dua mereka di mana sebelum ini berlaku perang mulut kedua-dua mereka dalam kumpulan WhatsApp Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Kedua-dua pemimpin PKR itu ‘meroyan’ macam budak-budak sehingga mengecam sesama sendiri.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan semalam memuat naik gambar cadangan logo PH di akaun Facebook miliknya, bagaimanapun ia menerima kritikan teruk daripada netizen yang majoriti menyifatkan ia satu rekaan yang buruk dan teruk.

IMG_1811Latheefa yang juga salah seorang ahli MPP PKR kemudian menulis status yang ‘mengherdik’ logo berkenaan sambil mendakwa Rafizi memalukan parti kerana ia logo yang memalukan sambil mendakwa Rafizi mengutip banyak wang orang awam untuk tujuan itu sebelum itu.

“You have collected millions from the public and you dare come up with this awful looking design – the cheek! Putting it for the people’s vote? Embarassing!” kata Latheefa dalam status Facebooknya.

Pergaduhan antara kedua-dua pemimpin PKR itu bukan kali pertama berlaku, pada Mei 2016 lalu Rafizi dan Latheefa juga bergaduh besar dalam kumpulan WhatsApp MPP berhubung isu surat Datuk Seri Anwar Ibrahim berjudul “Warkah dari penjara” yang menyatakan kegusaran dengan langkah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Latheefa tidak berpuas hati dengan Rafizi kerana membocorkan surat tersebut dan membuat pengakuan ketulenan surat tersebut.

Rafizi menghina dan mengatakan Latheefa sebagai tidak mempunyai pengaruh dalam PKR serta tidak layak memberi sebarang kritikan.

“No one wants to listen to your shouting,” tulis Rafizi dalam salinan gambar perbualan kumpulan WhatsApp yang mula viral.

Selepas itu, Latheefa membalas dengan mempersoalkan tindakan Rafizi sengaja membocorkan surat tersebut dan kemudiaannya mengakui kewujudan surat itu pula kepada media.

IMG_1810Rafizi kemudian menyerang lagi dengan mengatakan dirinya lebih banyak berjasa kepada rakyat daripada Latheefa yang tidak pernah bertanding dalam mana-mana pilihanraya mahu pun peringkat pemilihan parti.

“Go stand in cabang next time – see whether you can get 30 people to support you,” kata Rafizi lagi.

Bukan itu sahaja, Rafizi juga mencabar Latheefa berdebat berhubung isu logo tersebut dan mengatakan peguam itu seorang pengecut.

Dalam statusnya semalam, Rafizi menyebut PH akan mendaftarkan satu logo yang akan digunakan bersama oleh semua parti dalam gabungan itu dalam tempoh dua minggu lagi.

Ini kerana katanya, pada minggu lalu Majlis Presiden PH telah bersetuju untuk menyenarai pendek logo-logo berkenaan untuk dikongsi dengan rakyat Malaysia bagi mendapatkan maklum balas.

Rafizi kemudiaan memuat naik logo yang dicadangkannya untuk digunakan oleh PH dalam pilihan raya umum depan.

Logo-logo itu didakwa telah disenaraipendek oleh pimpinan PH namun belum ada sebarang keputusan muktamad.

Bagaimanapun, selepas apa yang berlaku, Rafizi mendakwa tindakannya menyiarkan logo itu supaya orang ramai melihatnya terlebih dahulu sebelum diputuskan oleh pucuk pimpinan PH. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast