Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Malaysia hari ini mengesahkan bekas anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli telah memohon pada 9 Julai pengecualian agar tidak hilang kelayakan bagi memegang jawatan dalam pertubuhan berdaftar di Malaysia.
Rafizi Ramli

Invoke 2

KUALA LUMPUR – Sejak Invoke ditubuhkan pada 30 April 2017, badan berkaitan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mampu menjana pendapatan sehingga RM1.99 juta dengan pelbagai aktiviti jualan barang dan perkhidmatannya.

Pengasasnya, Rafizi Ramli bagaimanapun berkata, penyata kewangan Invoke hanya disemak orang ramai selepas ia diaudit selepas 31 Disember 2017 dari semasa ke semasa mengikut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Invoke adalah sebuah syarikat berdaftar dengan SSM dan tertakluk kepada Akta Syarikat. Tahun kewangan Invoke Solutions Sdn Bhd adalah bagi tempoh berakhir 31 Disember 2017.

“Laporan kewangan yang telah diaudit perlu difailkan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah hari ini yang mendesak Naib Presiden PKR itu mendedahkan butiran dana yang diterima badan bukan kerajaan (NGO) itu.

Adam yang direhatkan jawatannya dalam PKR mahu perkara didedahkan secepat mungkin bagi menangkis pelbagai tuduhan bagi mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap parti.

Mengulas lanjut, Rafizi menghormati hak Adam Rosly yang menuntut agar NGO tajaannya itu mendedahkan sumber pendapatan dan perbelajaan.

“Walaupun saya berpendapat secara politik saya tidak wajar melayan karenah Adam Rosly yang telah pun direhatkan daripada jawatannya di dalam PKR dan sedang disiasat Lembaga Disiplin kerana kesnya.

“Saya juga percaya seorang penjawat awam seperti saya perlu tangkas memberi jawapan dalam semua isu bersabit ketelusan,” jelasnya.

Berdasarkan lampiran A dan B yang disertakan Ahli Parlimen Pandan itu mendapati pendapatan Invoke sebanyak RM1.99 juta itu hasil daripada jualan meja, tiket dan barangan semasa majlis kutipan dana; jualan barangan secara dalam talian melalui eShop; jualan laporan tahunan Invoke secara online dan jualan perkhidmatan sukarelawan secara dalam talian serta pemindahan bank.

Sebaliknya menurut lampiran berkenaan, sehingga kini Invoke telah membelanjakan sehingga RM2.39 juta dengan pembiayaan tertinggi bagi pembayaran gaji kepada 80 kakitangan tetap berjumlah RM888,487.

Menurut lampiran itu lagi, Rafizi mendakwa beliau telah membuat suntikan dana ke dalam Invoke sebanyak RM787,049 yang diperolehi dari simpanan Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera.

“Saya juga terpaksa menambah suntikan setiap bulan dari gaji saya dan membayar beberapa perbelanjaan Invoke menggunakan kad kredit saya,” katanya.

Invoke dilancarkan pd 11 Ogos 2016 di Make Space, Quill City Mall Kuala Lumpur.

  • MalaysiaGazette