LONDON – Tottenham Hotspurs tewas dalam rebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim 2016/17.
Dalam aksi di Stadium London semalam, skuad Mauricio Pochettino tewas mengejut 0-1 kepada West Ham United.
The Hammers berjaya menamatkan perjalanan The Lilywhites yang cuba mengejar pendahulu liga Chelsea untuk menjulang trofi liga musim ini.
Chelsea dan Spurs hanya dibezakan dengan empat mata sebelum ini namun kekalahan semalam menyaksikan kejuaraan diserahkan lebih ‘awal’ kepada the Blues.
Spurs dikejutkan dengan gol tunggal West Ham pada babak kedua menerusi Manuel Lanzini pada minit ke-65.
Spurs bagaimanapun gagal bangkit untuk mencari kemenangan dalam aksi penting itu.
Namun Pochettino enggan menyerah kalah dalam merebut kejuaraan kali ini.
Kini Spurs hanya beharap The Blues tercicir mata dalam perlawanan menentang Southampton esok.
Chelsea hanya perlu menang empat perlawanan terakhir ini untuk mengesahkan kejuaraan EPL.