KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan Malindo Air akan dikenali sebagai Batik Air Malaysia selepas ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya, syarikat penerbangan itu berkata, penjenamaan semula dilakukan bagi tujuan penyelerasan anak syarikat di bawah Lion Airlines.

Selepas ini, penerbangan bagi laluan antarabangsa akan dikenali sebagai Batik Air Malaysia manakala penerbangan laluan serantau akan dikenali sebagai Batik Airways Indonesia.

Operasi lain berkaitan syarikat penerbangan tersebut adalah kekal.

Selain dari nama yang ditukarkan, operasi lain bersangkutan syarikat penerbangan itu kekal tidak berubah.

Lion Air Group menguasai Lion Air, Wings Air, Batik Air (Indonesia), Lion Bizjet, Malindo Air (Malaysia) dan Thai Lion Air (Thailand).- MalaysiaGazette