Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (dua kiri) bercakap pada sidang media selepas selesai Mesyuarat Pas Pusat di Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 18 MEI 2017.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat pertama Pas Pusat hari ini turut memutuskan untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pertemuan itu bagi membincangkan pelbagai isu yang melibatkan kerajaan negeri.

Pertemuan itu katanya, akan diadakan dalam masa terdekat.

“Tarikh dan waktu akan diputuskan kemudian,” katanya di sini, hari ini.

Pas akan diwakili beliau, tiga Naib Presiden dan Setiausaha Agung.

Majlis Syura Ulamak Pas pada Khamis minggu lalu memutuskan kerjasama politik dengan PKR berikutan tidak bersefahaman dalam perjuangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast