KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan mengesahkan proses bedah siasat kedua sedang dilakukan ke atas mayat Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang meninggal dunia pada 11 April lalu.
Proses itu dibuat bagi mendapatkan punca kematian sebenar Mohamad Thafiq yang masih belum diputuskan lagi, kata Datuk Seri S. Subramaniam.
“Pasukan Forensik Patalogi tidak berpuas hati dengan bukti yang sedia ada walaupun suda menjalankan bedah siasat sebelum ini.
“Selain itu, semasa pemotongan kaki dibuat allayarham masih hidup dan sedihnya kakinya dikebumikan lebih awal iaitu sebelum dia meninggal dunia.
“Tetapi tidak siapa sangka dia akan meninggal dunia selepas itu, menyebabkan kes ini terpakasa dilihat dalam sudut berbeza untuk mendapatkan keputusan lengkap,” katanya.
Subramaniam sebelum itu merasmikan Jubli Emas ulang tahun ke-50 Ortopedik Malaysia di sini dan turut bersamanya ialah Presiden Persatuan Ortopedik Malaysia (MOA), Datuk Dr. Azmi Baharudin.
Dalam perkembangan yang sama, Subramaniam turut mengesahkan kaki yang ditanam itu digali semula untuk proses bedah siasat kedua oleh forensik.
“Kita nak tahu punca kematiannya walaupun punca kematian tetapi saya tidak mahu umumkan di sini.
“Pakar forensik hendak melakukan lebih pemeriksaan buat kali kedua ke atas kaki itu untuk mendapatkan punca kematiannya.
“Keputusan dijangkakan dalam tempoh dua minggu lagi, biarlah mereka membuat bedah siasat kedua, kita tunggu laporan lengkap nanti untuk mendapat keputusan muktamad,” tegasnya lagi.
Mohammad Thafiq dikatakan dipukul dengan paip getah padsa tapak kakinya menyebabkan kecederaan yang mana kedua-dua belah kakinya dipotong pada 21 April lalu dipercayai dijangkiti kuman.
Tangan kanannya yany sepatutnya dipotong mengelak daripada dijangkiti kuman pada pada 26 April lalu terpaksa ditangguhkan selepas keadaan jantungnya tidak stabil sebelum mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.- Malaysia Gazette