Pegawai Kemajuan Negeri Wilayah Persekutuan, Amir Oon Mustapha (berdiri enam kanan) bergambar kenangan bersama Ketua Pergerakan Wanita Barisan Nasional Kawasan Bukit Bintang, Ann Tan (berdiri tengah) dan Ketua Pemuda Umno Bukit Bintang, Jeffree Zain Affendi Dan Yunan (berdiri lima kanan) selepas selesai Program Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Auditorium Elyas Omar, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 18 MEI 2017.

KUALA LUMPUR – Tidak dapat dinafikan, program jelajah Transformasi Nasioanal 50 (TN50) cetusan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar itu semakin menjadi perhatian umum.

Selain idea-idea serta inspirasi yang dikumpul daripada segenap lapisan masyarakat melalui program jelajahnya, insiden kontroversi yang melibatkan dua selebriti tempatan di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin turut memberi impak besar kepada pemasaran TN50 sendiri.

Dalam insiden tersebut, penerbit filem tempatan, David Teo ditampar oleh pelakon, Sulaiman Yassin yang juga dikenali sebagai Mat Over di hadapan pemudahcara program tersebut, Datuk Rosyam Noor.

Mat Over dalam kenyataannya, mengambil keputusan tersebut sebagai ‘mempertahankan’ Najib daripada kebiadaban David.

Namun, bagi program Transformasi Nasional 2050 (TN50) Kawasan Bukit Bintang yang berlangsung di Dewan Auditorium Alyas Omar, Perpustakaan Kuala Lumpur malam tadi berjalan lancar tanpa sebarang adegan ‘tampar’.

Seperti program-program jelajah TN50 yang lain, perjalanan dialog TN50 Bukit Bintang malam tadi berjalan seperti lazimnya ia dijalankan.

Antara panel yang menjadi kemudi dialog tersebut, Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang, Jeffree Zain Affendy bin Dan Yunan, sebagai panel pertama, Pegawai Kemajuan Negeri, Amir Onn Mustapha sebagai panel kedua dan Naib Ketua Pergerakan Wanita BN Bukit Bintang, Ann Tan.

Antara topik yang manjadi tumpuan dalam dialog tersebut ialah peluang pekerjaan dalam psaran tempatan pada tahun 2050 akan datang. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast