SEPANYOL -Neymar diminta supaya menyertai Manchester United oleh bapanya, menurut laporan media di Sepanyol semalam.
Bintang antarabangsa Brazil itu diminta bapanya supaya meninggalkan Barcelona akhir musim ini.
Pemain berusia 25 tahun itu didakwa sentiasa dibayangi pemain hebat Barcelona, Lionel Messi.
Neymar menyertai Barcelona pada tahun 2013 dan merangkul kejuaran La Liga, Copa del Rey, Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Dunia kelab di Nou Camp.
Bagaimanapun, sejak dua musim lalu nasib Neymar di Barcelona tidak menentu.
Neymar telah menjaringkan 70 gol dalam aksi bersama Barcelona sejak dua tahun lalu.
Bapa Neymar, Neymar Santos Sr, percaya anaknya perlu berpindah segera ke Old Trafford.
“Di bawah Jose Mourinho, dia tidak akan dibayangi pengaruh Messi dimana Manchester United sedang dalam proses kembali ke erah kegemilangannnya,” katanya.
Tetapi pada Mac lalu, Mourinho selaku pengurus Red Devils pernah menolak peluang Neymar berhijrah ke Theatre of Dreams.
“Kelab seperti Barcelona tidak akan melepaskan pemain hebat seperti Neymar walaupun Messi masih lagi pemain muda yang usia hendak menjangkau 30 tahun namun Neymar merupakan pengganti terbaik meneruskan legasi,” katanya. – MalaysiaGazette