Tuesday, December 3, 2024
Home Sukan Wan Rohaimi dilantik ketua jurulatih Penang FC

Wan Rohaimi dilantik ketua jurulatih Penang FC

Wan Rohaimi Wan Ismail. Foto FB Penang FC.
KUALA LUMPUR – Penang FC mengumumkan pelantikan Wan Rohaimi Wan Ismail sebagai ketua jurulatih skuad senior dalam saingan Liga Super.
Berita itu diumumkan di laman sosial Harimau Kumbang yang mana pengendali berusia 48 tahun itu sebagai pengganti kepada Akmal Rizal Ahmad Rakhli.
“Wan Rohaimi Wan Ismail kini dilantik sebagai ketua jurulatih baru pasukan Liga Super Penang FC.
“Beliau membawa pengalaman luas dalam arena bola sepak Malaysia, baik sebagai pemain mahupun jurulatih.
“Pernah beraksi sebagai pemain profesional lebih 15 tahun, Wan Rohaimi turut mewakili negara dalam kejohanan besar seperti Sukan SEA dan Kelayakan Piala Dunia, dengan lebih 40 penampilan kebangsaan.
“Pada tahun 2003, beliau turut memenangi Piala Sumbangsih bersama pasukan Pulau Pinang,” kata kelab itu menerusi  kenyataan, hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast