Jamal Md Yuno
Jamal Md Yunos. foto IQBAL BASRI, 18 APRIL 2017.

SEKINCHAN – Barisan Nasional (BN) bertekad menguasai dan memenangi semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan, yang kini kubu DAP, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Barisan Nasional kawasan Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, berkata pihaknya telah menggerakkan langkah menghadapi PRU-14 terutama di DUN Sekinchan yang menyaksikan BN kehilangan kerusi itu sejak tiga penggal lepas.

“Sebagai persiapan awal, pembukaan bilik gerakan peringkat cawangan di DUN Sekinchan dilancarkan untuk menghadapi PRU-14.

“Meskipun kita tak tahu bila tarikh pilihan raya, tetapi kami terutamanya di DUN Sekinchan akan membuka bilik gerakan lebih awal.

“DUN Sekinchan juga menjadi DUN pertama yang menggerakkan jentera,” katanya ketika melancarkan Jentera BN DUN Sekinchan bagi PRU14 di Sekinchan di sini malam tadi.

Jamal yang juga Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar berkata untuk menebus kekalahan di DUN Sekinchan, MCA perlu mengembalikan sokongan pengundi Cina di kawasan itu yang dianggar seramai 10,000.

Kerusi DUN Sekinchan kini disandang Ng Suee Lim daripada DAP.

Sementara itu, Anggota Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, ketika berucap pada majlis itu berkata BN telah pun mengotakan janji yang dibuat ketika pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar Jun tahun lepas untuk menaik taraf pasar awam Sekinchan demi keselesaan peniaga.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast