Gambar hiasan. Foto Reuters

SINGAPURA – Harga minyak dunia naik disokong oleh laporan bahawa OPEC akan meneruskan pengurangan bekalan minyak pada tahun depan.

Niaga hadapan Brent naik 0.5 peratus kepada AS$53.86 setong pada 0035 GMT dan West Texas Intermediate pula melepasi AS$50 setong kepada AS$50.62.

Kedua-dua penanda aras itu melonjak lebih 10 peratus berbanding harga rendah pada awal bulan ini.

OPEC dan pengeluar minyak lain termasuk Rusia telah mengurangkan bekalan sebanyak 1.8 juta tong sehari, bakal melanjutkannya sehingga Mac tahun depan.

“Harga minyak mentah terus menunjukkan trend meningkat selepas pasaran berkeyakinan ahli-ahli OPEC komited untuk meneruskan perjanjian pengurangan,” kata ANZ Bank.

Keputusan itu akan dibincangkan oleh OPEC dan sekutunya di Vienna pada 25 Mei ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast