SAO PAULO – Lebih 100 pingat Sukan Olimpik Rio dipulangkan kepada pihak penganjur kerana berkarat atau membentuk tompokan hitam, kata jurucakap temasya itu.

Sekurang-kurangnya 130 pingat, kebanyakannya gangsa termasuk beberapa pingat Sukan Paralimpik sedang dibaiki oleh Brazilian Mint yang membuatnya pada tahun lalu untuk temasya tersebut, kata Mario Abdrada kepada Reuters.

“Isu biasa ialah ia (pingat) terjatuh atau tidak dijaga dengan betul dan varnis terkupas menyebabkannya berkarat atau bertompok hitam yang menyebabkan ia rosak.

“Selain itu ada juga (pingat), kira-kira 10 (pingat) mengalami masalah dengan cuaca yang terlalu sejuk,” kata Andrada.

Andrada berkata, masalah itu dikesan pada Oktober lalu namun mereka menyifatkannya sebagai ‘perkara biasa’.

Brazilian Mint akan membaiki sebarang kerosakan dan memulangkan semula kepada pemiliknya, tambah beliau.

Sejumlah 2,488 pingat dibuat untuk Sukan Olimpik itu dan beratus-ratus lagi untuk Sukan Paralimpik. Pingat perak dan gangsa dihasilkan dengan menggunakan 30 peratus bahan kitar semuala. – Reuters

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast