Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh bersama Presiden Penaja Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Tunku Al-Abidin Tuanku Muhriz (dua kiri), Ahli Majlis Bersekutu Yayasan Sime Darby, Tan Sri Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (kanan), Pengerusi Pengajian Tinggi IDEAS, Tan Seri Dzulkifli Abdul Razak (dua kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan (kiri) melihat kertas kerja pada Persidangan Pengajian Tinggi Kebangsaan 2017 di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara. foto SAFWAN MANSOR, 23 MEI 2017

KUALA LUMPUR –  Universiti Awam (UA) perlu dibenarkan beroperasi secara berautonomi penuh dan akauntabiliti dalam mengurustadbir insitutusi masing-masing demi kemajuan pendidikan tinggi di negara ini.

Pengerusi Projek Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dalam Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia, Prof Tan Sri Dr. Dzulkifli Abdul Razak berkata, universiti kini beroperasi secara birokrasi bukannya pusat pakar intelek.

“Persidangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2017 ini membuka satu batu loncatan yang mana isu berkaitan pemberian kuasa autonomi kepada universiti dibentangkan lagi selepas beberapa proses penyelidikan, dan perbincangan konsultatif.

“Elemen kepercayaan tidak lagi dapat dilihat dalam universiti supaya lebih berautonomi tanpa pengaruh kementerian atau kerajaan.

“Ini satu lagi usaha kami untuk meletakkan semula agenda universiti berautonomi sebagai platform agenda nasional,” katanya dalam persidangan tersebut di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Idris Jusoh.

Persidangan itu adalah susulan hasil kajian komparatif IDEA dalam Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat Perakuan tentang Perkembangan dan hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia, atau dikenali sebagai Wan Zahid Report yang di yang dicetak pada tahun 2005 dan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Hasil kajian itu, katanya, pihaknya telah tampil dengan beberapa cadangan iaitu pemansuhan Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU) dan digantikan dengan Akta Pendidikan Tinggi Nasional.’

“Akta baharu itu harus kuasa autonomi penuh sesebuah universiti awam iaitu memastikan pentadbiran universiti berada dibawah penyeliaan badan bebas merangkumi Lembaga Pengarah universiti selain pelantikan Naib Canselor oleh Lembaga Pengarah Universiti itu.

“Malah pemilihan program dan silibus akademik termasuk pengambilan pelajar adalah hak universiti sepenuhnya, selain pensyarah dan profesor boleh mengajar kandungan subjek yang difikirkan sesuai untuk pelajar mereka.

“Selain itu, universitin awam juga perlu diberikan kuasa autonomi kewangan dan akauntabiliti untuk mengusahakan dana kewangan sendiri selain melaporkan laporan kewangan secara tahunan kepada umum.

“Justeru, segala idea dan kerja penyelidikan perlu dikomersialkan secara agresif antara perkara penting perlu dibenarkan menerusi kuasa autonomi speenuhnya,” tambah beliau.

Beliau meluahkan keyakinan supaya kerajaan mengambil serius segala cadangan itu untuk dipertimbangkan dalam suara autonomi yang dilaungkan demi pengukuhan polisi pendidikan tinggi sedia ada. – MalaysiaGazette