KUALA LUMPUR – MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) menghormati keputusan
kerajaan untuk tidak menaikkan harga gula.

Meskipun begitu, MSM komited memastikan bekalan gula negara mencukupi terutama menjelang perayaan tidak lama lagi.

MSM dalam kenyataannya berkata, gula diwartakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (Penentuan daripada Harga maksimum – No.2, Perintah 2017).

Katanya, walaupun terdapat penurunan beransur-ansur harga gula mentah antarabangsa, komoditi gula global berada pada persekitaran pasaran yang tidak menentu.

“Kami akan terus bekerjasama dan memaklumkan kepada kerajaan mengenai pasaran gula global dan berharap mendapat hasil yang diharapkan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast