LONDON – Jodoh Sam Allardyce bersama Crystal Palace hanya bertahan selama lima bulan apabila dia mengumumkan melepaskan jawatannya sebagai pengurus.
Pengurus berusia 62 tahun itu memberi alasan perletakan jawatannya kerana faktor keluarga.
Sebelum itu, dia yang pernah mengendalikan skuad kebangsaan England untuk satu perlawanan selepas kehilangan jawatan selaku pengurus England ekoran pendedahan skandal pengakuannya kepada wartawan yang menyamar sehingga memaksanya melepaskan tugasan itu hanya selepas 67 hari menggalas jawatan berkenaan.
Allardyce menggantikan Alan Pardew pada Disember lalu dengan ikatan dua setengah tahun dan berjaya memacu kelab itu meraih lapan kemenangan dalam 21 perlawanan untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat ke 14.
Dia memberitahu tidak bercita-cita mendapatkan tugasan lain.
Tugasnya bersama England adalah kemuncak dalam kariernya sebagai pengurus dan sebelum itu pernah melatih Bolton, West Ham United, Newcastle dan Sunderland. – MalaysiaGazette