SINGAPURA – Bekas pegawai CIMB Bank Holdings Bhd., Alan Tay Yeow Kee mengaku bersalah melakukan perdagangan dalaman terhadap dua saham sebelum syarikat-syarikat tersebut menerima tawaran pembelian.

Alan, 41, mengaku meniaga di atas maklumat sensitif di hadapan Mahkaman Singapura dan didenda S$180,000.

Beliau telah membeli saham Qualitas Medical Group Ltd. dan pembekal produk kimpalan besi, Leeden Ltd. pada 2011 sebelum maklumat yang didapatinya disebarkan kepada umum.

CIMB merupakan penasihat kewangan kepada kedua-kedua urusniaga tersebut.- MalaysiaGazette