Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata penggeledahan serentak di enam premis dilakukan oleh polis secara adil dan profesional.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata penggeledahan serentak di enam premis dilakukan oleh polis secara adil dan profesional.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati ada pihak yang tidak bertanggungjawab menghebahkan di media sosial, Facebook hingga menjadi mengenai kejadian penderaan kanak-kanak yang mana polis tidak menerima laporan aduan itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Komisioner Polis, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, beliau berasa amat kesal dengan dakwaan tersebut dan menafikan tiada sebarang tindakan diambil ke atas pelakunya.

“Laporan polis telahpun dibuat oleh pengadu iaitu bapa kepada mangsa perlakuan jenayah pada 19 Mei lalu di Ibu Pejabat Polis daerah Cheras.

“Kes itu sedang disiasat secara serius oleh Bahagian D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) KL mengikut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa kini berada dalam jagaan Bahagian D11 JSJ KL.

Justeru katanya, siasatan yang dijalankan mendapati bukan pengadu yang menghebahkan perkara itu dan tidak timbul isu polis enggan menerima laporan yang dibuat sedangkan kertas siasatan telah dibuka.

“Pengadu juga telah menarik balik laporan polis yang dibuat dengan alasan bahawa dia tidak mahu meneruskan siasatan kerana pelaku yang juga bekas isteri pengadu telah memohon maaf.

“Walaupun begitu, polis Kuala Lumpur meneruskan siasatan itu dan berjaya menahan suspek iaitu ibu mangsa dan teman lelakinya pada 26 Mei 2017 (hari ini),” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan isu yang dihebahkan pihak tertentu itu tidak berasas sama sekali.

“Ia berunsur untuk mengaibkan atau menjatuhkan imej dan kredibiliti PDRM.

“Polis sedang mengesan individu yang bertindak meviralkan maklumat tidak berasas itu dan tindakan tegas mengikut undang-undang akan diambil kepada sesiapa juga yang menyebarkannya.

“Orang ramai jangan begitu mudah mempercayai khabar angin atau berita yang belum tentu kesahihannya,” tegas Amar Singh lagi. – MalaysiaGazette