Othman Mustafa

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini diingatkan supaya berhemah dalam berbelanja sepanjang Ramadan yang bermula hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha berkata, ini bagi mengelakkan perbelanjaan bertambah.

“Apalah kiranya kita melazimi berbuka puasa di masjid atau surau. Selain itu, elakkanlah dari melakukan pembaziran. Membeli hanya yang diperlukan dan lazimi bersedekah,” katanya dalam perutusan Ramadan kepada media di sini, semalam.

Beliau turut mengajak umat Islam bersama menghiasi Ramadan kali ini dengan bertalaqqi, bertadarrus, mentadabbur dan mengambil manfaat sebanyaknya dari al-Quran.

“Jadikan bulan ini sebagai bulan kita memaknai hidup dengan al-Quran,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast