KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pengurusan Risiko Asia-Pasifik 2017 bagi kategori ‘pasukan terbaik’.
Anugerah tersebut mengiktiraf komitmen kukuh TNB terhadap pengurusan risiko dalam melaksanakan perluasan globalnya.
Ketua Pegawai Risiko TNB, Datuk Ir. Lim Tong Kang berkata, anugerah itu juga adalah pengiktirafan terhadap usaha-usaha dalam identifikasi risiko, penilaian dan pengurangan risiko sebagai nilai tambah kepada syarikat.
Majlis yang diadakan di Singapura itu dianjurkan oleh StrategicRISK, peneraju penyedia berita dan pandangan berhubung risiko dan takbir urus korporat kepada firma-firma merentas Eropah, Timur Tengah dan Asia. – MalaysiaGazette