KUALA LUMPUR – Pakar silap mata terkenal Malaysia Kabir Khan Mohamad Reaz akan mempromosikan pelancongan Malaysia di Eropah menggunakan ‘kuasa mindanya’.

Kabir Khan, 32, yang juga Duta Pelancongan Malaysia ke Amerika Syarikat dan United Kingdom akan membuat persembahan psikik itu di hadapan para sosialit di London, United Kingdom pada 3, 4, 5 dan 8 Jun ini sebelum mempamerkan kehebatannya termasuk membaca minda penonton di Berlin, Jerman pada 12, 14 dan 16 Jun.

Beliau berkata persembahan itu memberikan peluang kepadanya untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan kepada para penonton melalui cara unik serta berbeza berbanding program persembahan budaya dan promosi melalui makanan yang sering dilakukan untuk menarik pelancong di luar negara.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast