KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam letupan bom di Kabul, Afghanistan hari ini.

Kejadian letupan bom kereta itu dilaporkan meragut  ramai nyawa dan kecederaan parah orang ramai.

Insiden terbaharu ini adalah lanjutan  daripada siri serangan di ibu kota Afghanistan sejak awal Januari lalu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, kerajaan Malaysia amat sedih dengan tindakan keganasan itu.

“Malaysia berharap  pihak yang bertanggungjawab melakukan tindakan terkutuk itu  akan segera dibawah ke muka pengadilan,” sebut kenyataan itu.

Kerajaan Malaysia juga merakamkan  takziah dan simpati kepada kerajaan Republik Islam Afghanistan dan keluarga mangsa  yang terlibat.

Bagaimanapun, Wisma Putra mengesahkan sehingga kini tiada rakyat Malaysia  dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.

Kementerian Luas melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi akan terus memantau  situasi tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast