Gabriel Palmero. Foto Facebook FAM.

KUALA LUMPUR – Pemain pertahanan CD Tenerife B, Gabriel Palmero bakal menyertai kem Harimau Malaya untuk aksi kelayakan Piala Asia 2027.

Perkara itu disahkan kelab itu yang memaklumkan bek kiri berusia 23 tahun itu telah mendapat panggilan kem Harimau Malaya.

“Gabriel Palmero, pemain CD Tenerife B telah dipanggil skuad kebangsaan Malaysia untuk kempen kelayakan Piala Asia,” tulis di media sosial kelab itu di sini.
Palmero berpeluang meraih penampilan pertama menerusi dua aksi pemanas badan yang diadakan sebelum aksi menentang Vietnam.

Dia menutup musim 2024/25 dengan merekodkan 14 penampilan dan satu gol untuk CD Tenerife B.

Palmero juga merekodkan 14 penampilan untuk Gimnastica Segoviana pada musim ini.

Sementara itu, Malaysia dijadual bertemu dengan pasukan ke-72 dunia, Cape Verde dalam aksi persahabatan antarabangsa pada 29 Mei ini.

Ini disusuli aksi persahabatan tertutup dengan lawan sama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Jun depan.

Setelah itu, skuad negara yang dibimbing Peter Cklamovski bakal berdepan Vietnam untuk aksi kedua Kumpulan F di SNBJ pada 10 Jun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast