Filem Pirates of the Caribbean

LOS ANGELES – Sekuel filem Pirates of the Caribbean terus mencetus fenomena apabila berada di carta teratas kutipan pecah panggung dengan perolehan hampir AS$78.5 juta (RM335 juta).

Kutipan siri kelima filem itu yang berjudul Dead Men Tell No Tale diperolehi selepas ditayangkan empat hari menjelang hujung minggu Hari Memperingati di Amerika Utara.

Filem yang dibintangi Johnny Depp menewaskan filem Guardians of The Galaxy Vol. 2 di tempat kedua dengan AS$27.2 juta (RM116 juta) dan filem Baywatch yang berada di tempat ketiga dengan kutipan AS$23.1 juta (RM98 juta).

Dead Men Tell No Tales turut mendapat sambutan hangat di peringkat antarabangsa apabila mengutip AS$247.8 juta (RM1.06 bilion) dalam penjualan tiket dengan China menjadi pasaran luar terbesar dengan AS$92.3 juta (RM394 juta).

“Jumlah AS$326 juta (RM1.3 bilion) yang diperoleh Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales bermakna The Walt Disney Studios kini sudah melepasi kutipan AS$3 bilion (RM12 bilion) secara global pada 2017.

“Sehingga kini, kami telah mencatat pendapatan antarabangsa sebanyak AS$1.903 billion (RM8.14 bilion) dan pendapatan domestik dengan AS$1.102 bilion (RM4.71 bilion),” kata The Walt Disney Studios.

Filem Alien: Covenant arahan Ridley Scott yang menjadi pendahulu pecah panggung minggu lalu jatuh ke tangga ke empat pada hujung minggu Hari Memperingati.

Sementara itu, cerita ringan mengenai kumpulan pengembara angkasa lepas dilakonkan Chris Pratt, Zoe Saldana, Bradley Cooper dan Vin Diesel mengumpul kutipan AS$340.5 juta (RM1.4 bilion) secara domestik sejak ditayangkan pada 5 Mei lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast