Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas kerugian RM823,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian itu berlaku selepas mangsa tertarik dengan iklan pelaburan di Facebook pada 23 September lalu.

Mangsa mendakwa, iklan itu menawarkan pulangan keuntungan yang tinggi mendorongnya berurusan dengan individu tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp.

Individu itu mengajak mangsa menyertai pelaburan tersebut setelah meyakinkan ia berupaya memperolehkan keuntungan tinggi.

Shahrulanuar berkata, antara tempoh 8 November hingga 17 Disember mangsa telah memasukkan wang ke dalam dua akaun bank berbeza secara berperingkat berjumlah RM823,000.

Selepas melihat keuntungan yang diterima menerusi aplikasi pelaburan tersebut sebanyak RM1,110,190, mangsa mahu mengeluarkan wang berkenaan namun dia dimina membuat sejumlah pembayaran lagi.

Tetapi mangsa tidak membuat pembayaran setelah mulai curiga dengan kesahihan urusan pelaburan tersebut menyebabkan dia gagal mendapat pulangan seperti yang dijanjikan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Shahrulanuar menasihatkan orang ramai jangan mudah percaya dengan promosi pelaburan yang menjanjikan kadar pulangan keuntungan yang lumayan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast