Jakim berkongsi isu syarikat minyak masak menggunakan minyak terpakai dalam laman sosial Facebooknya.

KUALA LUMPUR – Minyak masak jenama Buah Sawit yang didakwa diproses dari minyak guna pakai yang diambil dari kedai makan dan restoran Cina kini di peringkat mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Jurucakap Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, tahun lepas Jakim telah mengenakan tindakan ke atas syarikat pengeluar minyak masak Buah Sawit kerana menggunakan Logo Halal tanpa memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

“Bagaimanapun, status terkini Syarikat Jaburan Sdn. Bhd itu adalah dalam proses permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, semalam.

Jakim menjawab isu itu yang mula tular dan dikongsi pelbagai pihak menerusi media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Jurucakap itu berkata, Jakim tidak pernah memberi Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk minyak masak yang dikitar semula.

Sebaliknya, pihaknya mengalu-alukan jika ada syarikat pengeluar minyak masak memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

“Produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia bukan sahaja dijamin halal, malah suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta panduan halal yang telah ditetapkan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast