Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan bersalaman dengan kakitangan UPM ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga UPM dan Penduduk Serdang turut mengiringi Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali (tiga kiri) dan Naib Canselor UPM, Datin Aini Ideris (kiri) di Dataran Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 01 JUN 2017

SERDANG – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenaan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

Ketibaan baginda diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris dan barisan Lembaga Pentadbiran UPM.

Pada majlis itu baginda berkenaan menyampaikan sumbangan hari raya kepada anak yatim, asnaf dan mualaf yang terdiri daripada 43 pelajar UPM bersempena majlis berbuka puasa dan Solat Terawih bersama kira-kira 1,000 warga UPM dan komuniti masjid tersebut.

Baginda selaku Canselor UPM turut berkenaan menerima sumbangan Wakaf Fasiliti Masjid UPM oleh Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowment  UPM, Dr. Razali Othman sebanyak RM1,104,663.40.

Baginda turut menerima sumbangan daripada kakitangan universiti dan umum untuk tabung Wakaf Ilmu UPM daripada Datuk Wan Azman Wan Omar berjumlah RM237,592.82 dan wakil-wakil lain iaitu Bendahari UPM, Zulkiflee Othman sebanyak RM451,627.52 dan Pengarah Pusat Islam UPM, Mat Razi Abdullah berjumlah RM407,371.70.

Wakaf ilmu bertujuan memudahkan warga dan alumni UPM serta masyarakat memberi sumbangan berpandukan konsep wakaf untuk membantu pembiayaan aktiviti akademik penyelidikan dan pemajuan ilmu di UPM.

Baginda turut disampaikan zakat perniagaan UPM Holdings bagi tahun 2017 berjumlah Rm157,600 ole Tan Sri Dr.Ahmad Tajuddin Ali. – MalaysiaGazette