Nur Jazlan Mohamed, foto Arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines berhak untuk tidak menghidangkan alkohol kepada penumpang mabuk atau bermasalah.

Ia berikutan saranan Pas supaya arak diharamkan terus dalam menu syarikat penerbangan itu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, penyediaan minuman beralkohol bukanlah masalah kerana anak kapal boleh memilih tidak menghidangkannya kepada penumpang mabuk.

“Kamu boleh pilih untuk tidak hidang alkohol kepada penumpang yang bermasalah atau kepada orang yang mabuk,” katanya dipetik dari sebuah laman portal.

Menurut Nur Jazlan, syarikat penerbangan lain juga menghidangkan arak tetapi mampu menangani masalah berbangkit dengan baik.

“Mungkin tambang murah Malaysia Airlines menarik golongan tertentu,” katanya seperti dilaporkan.

Nur Jazlan berkata demikian mengulas gesaan Pemuda Pas yang mahu kerajaan mengharamkan alkohol daripada menu penerbangan Malaysia Airlines, selepas kejadian seorang penumpang bermasalah menyebabkan MH128 terpaksa berpatah balik ke Melbourne dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, Rabu lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast