Mustapa yakin barisan calon BN yang diumumkan bertanding di kerusi Parlimen dan DUN Kelantan PRU14 ini boleh menang dan membentuk kerajaan negeri pada 10 Mei.
Mustapa yakin barisan calon BN yang diumumkan bertanding di kerusi Parlimen dan DUN Kelantan PRU14 ini boleh menang dan membentuk kerajaan negeri pada 10 Mei.

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) Kelantan akur dengan keputusan yang dibuat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu, Datuk Abdullah Ya’kub untuk mengosongkan kerusi DUN N43 Nenggiri dalam Parlimen Gua Musang.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau bersimpati dengan nasib yang menimpa ADUN Nenggiri Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani dan berharap insiden itu menjadi teladan kepada wakil rakyat BN yang lain agar tidak berulang pada masa akan datang.

“Sepanjang berkhidmat selaku ADUN Nenggiri, Mat Yusoff telah memberi khidmat terbaik dan penuh komitmen kepada pengundi kawasannya,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada media di sini, hari ini.

Semalam, Speaker DUN Kelantan mengisytiharkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Mat Yusoff diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Selangor pada 28 Mei lalu.

Mat Yusoff diisytiharkan muflis sejak 9 November tahun lalu dan sebelum itu, Pejabat Penasihat Undang-undang negeri Kelantan telah menerima surat sama mengenai makluman kebangkrapan tersebut lebih awal iaitu pada 21 Mei lalu.

Mengikut Perkara 31 (1) Undang-undang Perlemmbagaan Tubuh kerajaan Kelantan menyatakan ‘dengan tertakluk kepada syarat-syarat perkara ini, seseorang itu tidak layak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri jika ia muflis yang belum selesaikan lagi’.

Menurut Mustafa meskipun kerusi DUN Nenggiri kosong, BN Kelantan akan terus memberi perkhidmatan terbaik kepada semua pengundi kawasan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast