SINGAPURA – Amerika Syarikat tidak akan menerima pangkalan ketenteraan China di Laut China Selatan, kata Setiausaha Pertahanann James Mattis.

Bercakap pada sidang keselamatan di Singapura, beliau berkata, langkah itu menjejaskan kestabilan serantau.

Tuntutan wilayah China di Laut China Selatan yang kaya dengan sumber dibantah oleh beberapa negara.

James MattisBercakap di forum Dialog tahunan, Mattis berkata: “Kami menentang pangkalan tentera di pulau buatan dan menguatkuasakan tuntutan maritim yang berlebihan.

“Kami tidak boleh dan tidak akan menerima unilateral, perubahan paksaan kepada status quo.”

Amerika Syarikat sebelum ini telah berulang kali menyatakan pendirian akan melindungi kepentingannya di Laut China Selatan, yang menjadi laluan utama perkapalan.

Pada awal tahun ini, Setiausaha Negara Rex Tillerson memberi amaran bahawa Amerika Syarikat akan menghantar isyarat jelas kepada China – berhenti membina pembangunan dan akses ke pulau-pulau itu tidak akan dibenarkan.

Sebagai maklum balas, Kementerian Luar Negeri China berkata, Beijing akan terus mempertahankan haknya di rantau ini. – MalaysiaGazette