KUALA LUMPUR – Naelofar Hijab dipilih untuk membuat rekaan secara eksklusif untuk juruterbang AirAsia Berhad yang bertudung.

Dengan kerjasasama itu, mulai bulan ini, juruterbang wanita AirAsia dan AirAsia X yang berhijab akan mengenakan Naelofar Hijab berwarna putih.

Ketua Bahagian Penjenamaan AirAsia, Rudy Khaw berkata, Naelofar Hijab telah melengkapi gaya juruterbang wanita yang bertudung.

“Kini, kami juga merancang untuk bekerjasama dengan Naelofar Hijab untuk memberikan nafas baharu kepada rekaan hijab untuk semua pekerja lain,” katanya di sini.

Sebelum dilancarkan, prototaip yang dihasilkan telah menjalani pelbagai ujian pemakaian oleh para juruterbang wanita syarikat penerbangan itu.

Hijab terbaru ini menggunakan sejenis fabrik istimewa dengan ciri-ciri tambahan yang amat fleksibel untuk memudahkan pergerakan para pemakai serta dihiasi simbol Naelofar Hijab bertatahkan kristal Swarovski. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast