SEOUL – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menyelia pelancaran ujian peluru berpandu anti-kapal yang baru dibangunkan, kata agensi berita KCNA.
Peluru berpandu baharu itu disifatkan sebagai pendekatan pertahanan berkuasa untuk membedil kapal-kapal perang musuh yang cuba melancarkan serangan tentera,” kata KCNA.
Semalam, Pyongyang melancarkan beberapa peluru berpandu darat ke laut adi pantai timur, kata tentera Korea Selatan. – MalaysiaGazette