Pejabat Jabatan Peguam Negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berkenaan sektor kerajaan sempena Belanjawan 2022 di Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 26 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR- Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh meminta supaya hasrat untuk mengutip sumbangan bagi menghargai jasa beliau tidak diteruskan.

“Berkenaan isu kutipan sumbangan daripada Timbalan Pendakwa Raya bagi menghargai jasa Peguam Negara, jabatan ini ingin menegaskan, walaupun tujuan sumbangan itu bersifat murni, Peguam Negara telah meminta supaya hasrat ini tidak diteruskan,” kata Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan ringkas malam ini.

-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast