Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Pengeluar tenaga solar, Quatum Solar Park Malaysia Sdn. Bhd. (Quatum Solar) akan menerbit sukuk hijau pertama negara, sukuk Pelaburan Lestari dan Bertanggung jawab sehingga RM1 bilion.

Sukuk tersebut diterbitkan menerusi anak syarikatnya, Quantum Solar Park (Semenanjung) Sdn. Bhd.

Quatum Solar dimiliki secara bersama oleh ItraMAS Technology Sdn. Bhd., MalTechPro Sdn. Bhd. dan CamLite Sdn. Bhd.

Hasil terbitan akan digunakan untuk membina tiga loji tenaga solar photovoltaic berkapasiti 50 megawat di Gurun, Kedah, Merchang, Terengganu dan Jasin, Melaka.

Dengan kombinasi kapasiti sebanyak 150 megawat itu, Quatum Solar Park (Semenanjung) bakal muncul sebagai pengeluar tenaga solar terbesar di negara ini.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast