Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 19 JANUARI 2017

KUALA LUMPUR – Setelah beberapa siri dialog diadakan untuk mengumpul pandangan bagi merealisasikan Transformasi Nasional 2050, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempelawa rakyat Malaysia berkongsi aspirasi dari aspek keagamaan dan kerohanian.

Najib berkata beliau telah berpeluang bertemu dan berdialog dengan penjawat awam dari pelbagai kementerian, mahasiswa, golongan belia serta penggiat seni untuk tujuan yang sama.

“Pada bulan Ramadan yang mulia ini ada baiknya kita berkongsi aspirasi pula dari sudut keagamaan dan kerohanian kerana ia penting dalam pembentukan peribadi, seterusnya pembangunan sahsiah dan identiti negara.

Anda boleh kemukakan cadangan atau aspirasi anda melalui laman Facebook dan Twitter saya, atau menulis e-mel kepada [email protected] dengan tajuk #TN50,” katanya dalam catatan di laman Facebook hari ini.

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050.

Semasa membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat pada Oktober 2016, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan akan menggerakkan siri wacana nasional ke arah membentuk TN50.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast