Polis Metropolitan London menahan seorang lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan serangan di London Bridge. foto Agensi

LONDON – Polis menahan seorang lagi lelaki berusia 19 tahun, susulan serangan di London Bridge.

Polis Metropolitan dalam kenyataannya berkata, lelaki itu ditahan di sebuah balai polis di selatan London di bawah Akta Keganasan.

Enam lelaki lain telah ditahan berikutan tragedi yang melibatkan lapan orang terbunuh dan 50 cedera selepas tiga lelaki memandu kenderaan merempuh [ejalan kaki di London Bridge dan menikam orang ramai. – MalaysiaGazette