Seorang pekerja stesen minyak Petronas meletakkan picu pengisian minyak ke tempat asalnya di Stesen Minyak Pteronas, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Harga runcit mingguan bagi petrol dan diesel menyaksikan penurunan RM0.02 berkuatkuasa tengah malam ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan penurunan harga baru petrol itu di laman Twitter sebentar tadi.

Bagi tempoh 29 Jun sehingga 5 Julai, harga runcit petrol RON95 dan RON97 diturunkan sebanyak dua sen menjadikan harga baru mingguan bagi RON95 sebanyak RM1.89 seliter berbanding RM1.91 seliter minggu lalu.

Sementara harga RON97 pula berada pada kadar RM2.15 seliter untuk minggu ini berbanding minggu sebelumnya iaitu RM2.17 seliter.

Harga jualan diesel turun 4 sen ke RM1.84 seliter. -MalaysiaGazette.