KUALA LUMPUR – Pesawat AirAsia D7 001 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Daniel K. Inouye pada hari ini dengan faktor muatan melebihi 90 peratus.

Ia menandakan penerokaan AirAsia X buat julung kali ke pasaran Amerika Syarikat.

AirAsia X menawarkan laluan empat kali seminggu ini berlepas dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Honolulu, Hawaii melalui Osaka, Jepun.

Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz berkata: “Penerbangan ke laluan ini untuk semua dan ia tidak lagi menjadi satu kemewahan bagi segelintir orang sahaja”.

Laluan ke Hawaii itu adalah satu lakaran babak baharu dalam usaha membantu orang ramai melancong lebih jauh dengan harga yang lebih rendah.

Tambahnya, laluan ke Hawaii itu adalah satu permulaan dan AirAsia X.

Sempena penerbangan sulung itu, AirAsia X akan menawarkan tambang serendah RM899 untuk tempat duduk standard atau RM2,999 Flatbed Premium dari Kuala Lumpur ke Honolulu.

Promosi tambang ini yang tersedia di airasia.com dari sekarang sehingga 2 Julai 2017 untuk tempoh perjalanan antara 1 Oktober 2017 dan 28 Ogos 2018.

Penumpang ke Honolulu yang akan transit di Osaka tidak memerlukan visa Jepun untuk tempoh persinggahan selama dua jam dan boleh kembali ke tempat duduk masing-masing dalam penerbangan setelah melalui pemeriksaan bagasi atau barangan oleh pihak sekuriti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast