Datuk T Subromaniam Tholasy

KUALA LUMPUR – Peralatan radar tentera berteknologi tinggi yang digembar-gemburkan hilang di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor sebenarnya sudah sampai ke destinasi penghantaran.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Indera Subromaniam Tholasy berkata, pihaknya menafikan laporan kehilangan peralatan itu sebagaimana yang tersebar luas di media.

“JKDM ingin menafikan kenyataan tersebut kerana kontena yang mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi yang dilaporkan hilang sebenarnya telah sampai ke destinasi yang dituju iaitu Pelabuhan Rotterdam, Belanda,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Tholasy, siasatan yang sedang dijalankan oleh pihaknya ketika ini menjurus kepada pematuhan operasi standard (SOP) dalaman ketika melepaskan dagangan yang memerlukan permit di bawah Akta Perdagangan Stategik (STA) 2010.

Akhbar tenmpatan berbahasa inggeris hari ini melaporkan mengenai kehilangan perlatan radar berteknologi tinggi di PTP baru-baru ini.

Perkara itu kemudian mendapat respons Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mahu kerajaan negeri dan pihak berkuasa menyiasat secara mendalam berhubung kehilangan itu kerana kesannya boleh menjejaskan reputasi pelabuhan di negeri tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast