NEW YORK – Seorang doktor yang kehilangan pekerjaannya di sebuah hospital di New York City melepaskan tembakan dengan senapang di dalam bangunan hospital.
Kejadian itu menyebabkan seorang doktor maut dan 6 orang cedera.
Suspek kemudian ditemui selepas menembak dirinya sendiri, kata Pesuruhjaya Polis, James O’Neill.
“Seorang doktor wanita meninggal dunia akibat ditembak dan enam cedera termasuk lima cedera parah manakala seorang cedera akibat ditembak di kaki,” O’Neill.
Datuk Bandar, Bill de Blasio berkata, tembakan itu berkaitan masalah di pejabat dan bukan tindakan pengganas.
Setakat ini, polis belum mengenal pasti mangs-mangsa yang cedera
Cuma, suspek dikenal pasti sebagai Dr. Henry Bello merupakan bekas kakitangan di hospital tersebut yang telah diberhentikan kerja daripada hospital berkenaan.
Suspek berusia 45 tahun dan pakar dalam perubatan keluarga.
Stesen televisyen WNBC berkata, suspek meletak jawatan pada tahun 2015 bagi mengelakkan diberhentikan. – MalaysiaGazette