LONDON – Alexandre Lacazette akhirnya sah secara rasmi menjadi Arsenal dari Lyon dengan nilai perpindahan €60 juta.

Nilai itu merupakan rekod perpindahan buat Arsenal yang terpaksa bersaing dengan Atletico Madrid untuk mendapatkan penyerang antarabangsa Perancis itu.

Lacazette sebelum ini sudah mencapai jaminan mulut dengan Atletico namun hasrat itu tidak kesampaian kerana kelab La Liga itu sedang menjalani hukuman larangan perpindahan pemain.

Dalam wawancara dengan Arsenal Player, Lacazette mengakui sudah lama mengimpikan untuk bergabung dengan Arsenal.

Sementara itu, Arsenal terkenal kerana mempunyai ramai pemain Perancis.

Sebelum kedatangan Lacazette, kelab itu telah membawa masuk Laurent Koscielny, Olivier Giroud, Francis Coquelin, Mathieu Debuchy dan Jeff Reine-Adelaide dari negara itu.

Lacazette mempamerkan aksi cemerlang ketika bersama Lyon apabila menjaringkan 37 gol sepanjang musim lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast