LOS ANGELES – Bakal pemain Manchester United, Lukaku ditahan polis gara-gara membuat bising pada 2 Julai lalu.

Jabatan Polis Beverly Hills dalam satu kenyataan berkata, pemain itu ditahan di rumah dekat Beverly Hills berikutan beberapa rungutan mengenai keadaan bising di rumah berkenaan.

Kenyataan itu berkata, Lukaku dibebaskan selepas didakwa.

Penyerang Everton berusia 24 tahun itu diarahkan hadir diri  di Los Angeles pada 2 Oktober depan.

Sebelum ini, Lukaku yang sedang bercuti bersama Paul Pogba dilaporkan telah menjalani pemeriksaan kesihatan di Los Angeles sebelum disahkan manjadi pemain United. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast