Tertuduh B. Haresh, 26, dan M.J Richardass, 28 dan K Prem Rao, 26, yang kini masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu secara bersama pada 29 Jun lepas kira-kira 6 pagi semasa mangsa, seorang lelaki berusia 32 tahun, dalam perjalanan ke rumahnya di Simpang Renggam. - foto BERNAMA
KLUANG – Dua pengganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang tauke restoran bulan lepas..

Tertuduh B. Haresh, 26, dan M.J Richardass, 28 dan K Prem Rao, 26, yang kini masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu secara bersama pada 29 Jun lepas kira-kira 6 pagi semasa mangsa, seorang lelaki berusia 32 tahun, dalam perjalanan ke rumahnya di Simpang Renggam dekat sini.

Kedua-dua mereka dituduh mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup atau dikenakan sebatan.

Kedua-duanya hanya mengangguk faham dan tidak membuat sebarang pengakuan ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.

Kedua-dua tertuduh juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 7 Ogos depan bagi mengemukakan laporan-laporan berkaitan termasuk laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Afiq Zuber manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast