MISSISSIPPI – Sebuah pesawat tentera terhempas di sini, dipercayai mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang.
Pesawat Kor Marin C-130, yang digunakan untuk mengisi minyak terhempas di daerah Sunflower-Leflore, menurut laporan Clarion-Ledger yang memetik Agensi Pengurusan Kecemasan Mississippi, Lee Smithson sebagai berkata.
Kor Marin berkata, terdapat ‘kemalangan’ berlaku.
“Kemalangan USMC KC-130 berlaku pada malam 10 Julai. Maklumat lanjut akan dikeluarkan,” kata Kor itu melalui Twitter.
Insiden itu berlaku kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan, menurut Clarion-Ledger sambil menambah pasukan bomba menyembur lapisan sabun bagi memadam kebakaran.
Beberapa media mendakwa terdapat sembilan orang berada dalam pesawat ketika kejadian berlaku. – MalaysiaGazette