Pengarah sebuah syarikat dibawa keluar dari mahkamah selepas mendapat perintah reman dua hari.

PUTRAJAYA – Seorang pengarah syarikat yang juga pemimpin sebuah dewan perniagaan di Perak direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes membabitkan projek-projek memajukan tanah dan pembekalan bahan binaan di negeri itu.

Perintah reman sehingga 12 Julai itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini.

Suspek berusia 47 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam.

Kes tersebut sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast