Shaiful Haziziy

KUALA LUMPUR – Sikap desparado dan kaki u turn Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menyebabkan Pakatan Harapan (PH) akan bercelaru.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menganggap pelantikan Tun M sebagai pengerusi akan menghancurkan pakatan pembangkang.

“Pemuda UMNO Kedah yakin kegagalan PH yang masih gagal menamakan calon Perdana Menteri yang realistik membuktikan bahawa masih wujud prasangka dan ketidak percayaan politik diantara satu sama lain.

“Umum sedia maklum bahawa kemungkinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri adalah begitu kecil kerana faktor beliau masih berada didalam tempoh hukuman dan umur.

“Pemuda UMNO Kedah yakin kewujudan ‘Perdana Menteri Transit’ menunjukkan belum wujud konsensus yang serius diantara komponen PH,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Shaiful Hazizy juga yakin DAP kekal menjadi broker kuasa paling berpengaruh didalam PH.

“Persetujuan untuk menetapkan Anwar sebagai presiden dan pada masa yang sama Tun M sebagai pengerusi hanyalah untuk
‘membeli’ keyakinan politik Melayu bagi PRU-14,” ujarnya sambil menambah sekiranya PH menjadi kerajaan, DAP akan menjadi pembuat keputusan paling berpengaruh.

Justeru, Pemuda UMNO Kedah melihat itu keputusan politik yang paling rapuh dibuat oleh pakatan pembangkang kerana mereka harus mengakui siapa yang akan menjadi Perdana Menteri selepas PH menang masih menjadi pertikaian utama.

PH, katanya, tidak sama sekali menunjukkan imej sebuah kerajaan stabil dan mampu mengemudikan pentadbiran baik.

Sementara itu, pihaknya juga meragui komitmen PH yang ingin membebaskan semua tahanan politik sedangkan semasa Tun M beliau telah memenjarakan ratusan musuh politik beliau sepanjang 22 tahun berkuasa.- MalaysiaGazette