KUALA LUMPUR – Semua pengguna MRT, LRT, Monorel dan BRT akan menikmati potongan tambang sebanyak 50 peratus bagi semua perjalanan.
Diskaun itu bermula esok sehingga tanggal 31 Ogos ini.
Pengumuman menarik itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melancarkan Aliran Transit Massa (MRT) hari ini.
Ia hadiah oleh Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-60 tahun negara. – MalaysiaGazette.