Azam Baki

KUALA LUMPUR – Empat pegawai kanan Felda Investment Corporation (FIC) selesai memberi keterangan berhubung pembelian hotel bernilai RM330 juta di Kensington di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Mereka yang memberi keterangan adalah Pengarah FIC dan Ketua Bahagian Undang-Undang dan Setiausaha pada  sekitar pukul 10 pagi tadi.

Dua lagi individu merupakan Pembantu Pengurus Bahagian Perancangan Strategik dan Pengurus Pejabat Ketua Pengarah Eksekutif.

Mereka selesai memberi keterangan kira-kira pukul 7 malam tadi.

SPRM akan meneliti kesemua keterangan pegawai-pegawai kanan FIC terbabit sebelum membuat keputusan tindakan selanjutnya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tentang perkara itu dan memberitahu, pihaknya masih dalam peringkat siasatan terhadap kes tersebut.

SPRM sebelum ini mendedahkan beberapa individu akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel bernilai RM330 juta di Kensington oleh FIC pada 2014.

Hasil siasatan awal mendapati FIC dipercayai membeli hotel itu dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran sehingga mengakibatkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast