Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (dua kanan) menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Mr. Wong Heang Tuck (kiri) menukar dokumen perjanjian bersama Ketua Pegawai Eksekutif Atliza Digital Sdn Bhd, Mr. Gerard Lim (kanan), turut serta Pengasas Green Packet Berhad, Mr. CC Puan (dua kiri) pada Majlis Menandatangani Perjanjian diantara Atliza Digital Sdn Bhd dan U Mobile Sdn Bhd di Hotel Marriot, Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 19 JULAI 2017

PUTRAJAYA – Tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyaman timbalan ketua pengarahnya sendiri membuktikan ketegasan dan ketelusan agensi itu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kerajaan mengamalkan ketelusan di dalam pelaksanaan undang-undang di negara ini.

“Ini bukti JPJ dan kerajaan adalah tegas dan telus di dalam melaksanakan undang-undang.

“Kalau saya menteri pun tetapi langgar lampu isyarat atau memandu di lorong kecemasan, saya juga boleh disaman,” katanya semasa sidang media selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian di antara Atilize Digital Sdn. Bhd. dengan U Mobile Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Tambah Tiong Lai, kesalahan yang dilakukan oleh Datuk Yusoff Ayob itu adalah serius dan beliau telah pun dikenakan denda maksimum RM600 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya.

Semalam, Yusoff yang diwakili pegawai khasnya membuat pengakuan bersalah kerana telah memandu di lorong kecemasan.

Pengakuan itu dibuat dihadapan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Ab Rahman dan mahkamah memerintahkan beliau didenda sebanyak RM600 atau jika gagal membayar denda berkenaan hukuman akan ditambah dengan penjara tujuh hari.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast