Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd

JOHOR BAHRU – Tujuh pelajar berusia 14 hingga 16 tahun yang dipercayai bertindak menendang, memijak dan menumbuk seorang pelajar sekolah sama, ditahan polis di beberapa lokasi berasingan kelmarin.

Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 13 tahun pada hari sama kerana tidak berpuas hati dengan tindakannya yang sebelum itu dipercayai melaporkan kepada guru sekolah mengenai suspek cuba ponteng sekolah.

Suspek dikatakan bertindak memanjat pagar sekolah untuk ponteng.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada 17 Julai kira-kira 5.20 pertang di hadapan sebuah sekolah menengah di Skudai.

“Dalam kejadian itu, mangsa telah dicederakan suspek dengan cara menendang, memijak dan menumbuk muka serta badan mangsa sehingga mangsa cedera di kepala, belakang, luka di tangan dan mata lebam,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, mangsa diselamatkan orang awam yang melihat kejadian itu yang kemudian memaklumkannya kepada pihak sekolah dan keluarga mangsa.

Beliau berkata, semua suspek direman sehingga 20 Julai ini untuk siasatan lanjut kes mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast