Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor beramah mesra dengan Ahli Parlimen Segambut (DAP), Lim Lip Eng (kanan) yang turut hadir pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Wilayah Persekutuan 2017 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). foto SAFWAN MANSOR, 20 JULAI 2017

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menegur tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang masih mengganggu pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambil menyifatkan mantan Perdana Menteri itu sebagai tidak betul, beliau berkata, sepatutnya dalam usia yang sudah lanjut, Dr. Mahathir berehat sahaja dan membiarkan Najib mentadbir negara ini bersama menterinya.

“Saya pun tak faham apa dia nak lagi. (Tingkah laku) dia macam (orang) tak betul. Dia patut berehat saja. Jangan ganggu pentadbiran penggantinya,” katanya ringkas kepada wartawan selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Wilayah Persekutuan di Dataran Dewan Bandaraya (DBKL) di sini, hari ini.

Mengulas program Nothing to Hide 2 anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, Najib tidak perlu layan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast